Pada aksi final tersebut, skuad kendalian Norsyahmi Wan Daud ketinggalan 10-0 pada awal perlawanan selepas diasak hebat oleh pasukan China. Tersentak dengan keadaan itu, pasukan negara mengatur strategi dan berjaya bangkit dengan melakukan try dan menyempurnakan conversion untuk merapatkan kedudukan 7 berbalas 10. 

Kemaraan pasukan negara tidak terhenti di situ sahaja apabila mereka sekali lagi melakukan try untuk berada dihadapan 12-10. Lebih menarik pengadil perlawanan memberikan penalti kepada skuad negara selepas pemain China dilihat melakukan asakan keras sekali gus muncul juara dengan keputusan 14-10.

Hasil kemenangan itu, skuad negara berjaya mempertahankan kemenangan yang diraihnya ketika beraksi di Iskandar Puteri, Johor pada edisi pertama yang diadakan pada Disember tahun lalu,

“Saya ucapkan tahniah kepada pemain-pemain negara yang mempamerkan aksi terbaik mereka sepanjang berada di sini. Saya akui mereka tampil dengan aksi yang cukup membanggakan.

“Pada aksi final kita jangkakan tidak akan berdepan laluan yang mudah kerana China bukanlah lawan yang mudah. Lihat kepada bentuk fizikal mereka yang besar pasti memberi kesukaran kepada pemain kita.

“Pemain negara cemerlang dan mereka bangkit meskipun kita ketinggalan pada awal permainan. Mereka bermain dengan semangat sehingga akhir minit perlawanan,” katanya kepada Kosmo! hari ini. - K! ONLINE

Info Keputusan:

Peringkat Kumpulan

Malaysia 22 - 7 Taiwan 
Malaysia 21 - 12 Hong Kong 
Malaysia 28 - 21 Korea 
Malaysia 19 - 14 China
 
Final

Malaysia 14-10 China