Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmadi Asnawi bagaimanapun menjatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 ke atas bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

Turut bersidang bersama Ahmadi ialah Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Kamardin Hashim.

Pada November 2016, Rafizi dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur bagi dua tuduhan memiliki dan membongkar laporan audit 1MDB dan Mahkamah Tinggi turut mengekalkan keputusan itu pada tahun lepas.

Dia didakwa memiliki laporan tersebut tanpa persetujuan di lobi Parlimen, Kuala Lumpur pukul jam 3 petang pada 24 Mac tahun lepas.

Kesalahan itu terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan bagi pertuduhan pertama dan melepaskan serta membebaskan Rafizi daripada pertuduhan kedua.

Rafizi diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid.

Dalam hujahnya, Ahmad Nizam berkata, tindakan Rafizi bukanlah untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya untuk rakyat.  

"Dokumen itu kini sudah tidak diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia. Pendedahan dokumen itu juga tidak membabitkan keselamatan atau rahsia negara,” katanya. - K! ONLINE