Pemain berusia 21 tahun itu beraksi dengan sabar dan tenang untuk menewaskan juara bertahan Park Jong-woo daripada Korea Selatan 534-511 pada pusingan final stepladder.

Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi pemain Korea Selatan, Koo Seonghoi yang tewas 245-254 kepada rakan senegaranya, Park pada aksi separuh akhir stepladder .

Muhammad Rafiq terdahulu mara ke pusingan final stepladder selepas mencatatkan 3,995 jatuhan pin secara keseluruhan untuk 16 frame.

Pada blok pertama semalam, pemain kidal itu meraih tempat keenam dengan 1,889 jatuhan pin, sebelum beraksi dengan cemerlang pada medium oil hari ini untuk menempah tiket ke final. - Bernama