“Pemimpin-pemimpin bertukar pendapat mengenai situasi di Syria termasuk tuduhan beberapa negara Barat terhadap Damsyik yang menggunakan senjata kimia. 

“Pihak Rusia menekankan tidak boleh menerima provokasi dan spekulasi berkenaan isu ini,” kata Kremlin dalam satu kenyataan. 

Dalam pada itu, Amerika Syarikat meminta satu badan siasatan bebas ditubuhkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyiasat serangan senjata kimia di Syria yang mengorbankan sekurang-kurangnya 48 nyawa. - AFP