Tindakan itu dikatakan petunjuk paling kuat bahawa nama itu dipilih untuk anak ketiga pasangan diraja itu, tiga hari selepas bayi berkenaan dibawa pulang ke Istana Kensington, London Barat. 

Laman web www.royal.uk/prince-albert menunjukkan Akses Ditolak - iaitu mesej yang sama yang menyambut pelawat untuk melawat halaman abangnya, Putera George. 

Putera William telah berjanji akan mengumumkan nama anak lelakinya tidak lama lagi sekali gus membuatkan pelbagai spekulasi dibuat berhubung pemilihan nama bayi diraja tersebut.

“Kamu akan ketahuinya tidak lama lagi,” kata Putera William selepas anak lelakinya dilahirkan pada Isnin lalu. - Agensi