Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan kenderaan boleh dibuat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di semua cawangan Puspakom seluruh negara kecuali di Shah Alam, Selangor; Perai, Pulau Pinang; Langkawi, Kedah; Pasir Gudang, Johor dan Lahad Datu, Sabah. 

Menerusi kempen #drivesafenoregrets, beliau berkata, pelanggan yang hadir menjalani pemeriksaan itu akan diberi keutamaan tanpa perlu menunggu dan membuat sebarang temu janji serta tidak memerlukan sebarang dokumen. 

"Pemeriksaan ini merangkumi 25 perkara termasuk ujian pengeluaran asap, suspensi, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek serta ketelusan cahaya cermin.

"Laporan pemeriksaan akan diserahkan kepada pelanggan sejurus selesai pemeriksaan dan boleh dijadikan rujukan bagi memudahkan pelanggan membuat penyelenggaraan serta pembaikan selanjutnya terhadap kenderaan mereka," katanya. - Bernama