PRK yang dijalankan serentak itu membabitkan sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran bagi PRK DUN Balakong manakala sebanyak 18 pusat pengundian dengan 115 saluran bagi PRK DUN Seri Setia.

Proses penjumlahan undi PRK DUN Balakong akan dilakukan di Dewan Utama Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi manakala bagi DUN Seri Setia pula adalah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal pukul 9 malam dan selewat-lewatnya pukul 10 malam ini.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya setakat pukul 4 petang, sebanyak 39 peratus daripada 62,219 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka di DUN Balakong manakala di DUN Seri Setia pula sebanyak 41 peratus daripada 50, 692 pengundi. - Bernama