Sebanyak 14 sekolah dan dua dewan dijadikan pusat pengundian bagi PRK DUN Balakong, manakala pusat pengundian DUN Seri Setia melibatkan 14 sekolah, sebuah politeknik dan tiga dewan.

Kesemua pusat pengundian akan ditutup pada 5.30 petang ini.

DUN Balakong dan DUN Seri Setia masing-masing mempunyai 62,219 dan 50,692 pemilih berdaftar.

Pada Selasa lepas, sebanyak 90 peratus daripada 31 pengundi awal di DUN Balakong dan 77 peratus daripada 2,770 pengundi awal di DUN Seri Setia telah menunaikan tanggungjawab mengundi di tiga pusat pengundian iaitu di Kuarters Balai Polis Seri Kembangan, Dewan Serbaguna Ababil Pangkalan Udara Subang dan Kompleks SMS PDRM, Shah Alam. - Bernama