Jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) ketika dihubungi berkata, ia merupakan anak kepada seekor Orang Utan betina bernama Sadamiah, 16, selepas kedua-duanya dilihat saling berpaut baru-baru ini.

"Bagaimanapun, jantina anak Orang Utan itu masih belum dapat dipastikan kerana masih kecil dan Sadamiah sangat melindungi anaknya itu.

"Kelahiran terbaru ini menjadikan SWC kini mempunyai 30 ekor Orang Utan," katanya tadi.

Jelasnya, Sadamiah sebelum ini melahirkan Ruby yang kini sudah pun berusia lima tahun. - K ONLINE!