Pasukan perubatan merawat 431 penunjuk perasaan yang mengalami pelbagai kecederaan termasuk 98 kecederaan akibat terkena serpihan peluru dan peluru getah.

Selepas mereka mara ke pagar sempadan, pasukan tentera Israel terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka. Seorang jurucakap tentera berkata, beberapa penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah rejim zionis Israel.

Menurutnya, terdapat cubaan untuk sabotaj pagar keselamatan dan menyusup ke Israel.

Sementara itu, tentera Israel menganggarkan bahawa 7,000 rakyat Palestin menyertai demonstrasi yang dijalankan di lima lokasi sepanjang pagar sempadan berkenaan. - AFP