Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, bagaimanapun cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri sebelum dapat dilaksanakan.

"Mungkin ada pengguna di negeri ini yang merasakan caj 20 sen ini terlalu murah dan tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan beg plastik jadi kita kaji untuk menaikkan caj ini," katanya dalam sesi dialog 'Ke Arah Pulau Pinang Bebas Plastik Sekali Guna dan Tak Nak Penyedut Minuman' di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan statistik berhubung kadar pengurangan dalam penggunaan beg plastik sejak caj itu diperkenalkan pada 2009 dan sehingga kini sebanyak 419 perniagaan berdaftar dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mengenakan caj itu.

Boon Poh berkata, bagi tempoh April tahun lepas sehingga kini, perniagaan terbabit mengeluarkan kira-kira enam juta beg plastik kepada pengguna. - Bernama