Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, pemilihan nama itu dibuat berdasarkan pemilihan lebih 60 peratus peserta yang menyertai peraduan memilih nama SUV itu secara online pada April lalu.

Menurutnya, peraduan selama sebulan itu disertai kira-kira 90,000 orang dengan peserta perlu memilih empat nama pilihan iaitu PX7, X7, X70 dan X700.

"Proton bergerak ke arah sistem alphanumeric atau kombinasi abjad dan angka seiring dengan keluaran model SUV terbaharu ini," katanya pada sesi taklimat media pengenalan Proton X70 di sini hari ini.

Tempahan terhadap model Proton SUV X70 boleh dibuat mulai esok di cawangan terpilih di seluruh negara dengan bayaran deposit sebanyak RM1,000. -K! ONLINE