Menurut sumber polis, sebanyak 31 anggota layak mengundi pada hari ini namun hanya 28 daripadanya melangsaikan tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar.

“Tiga lagi anggota tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti dibuang kerja, gagal dikesan dan telah menamatkan perkhidmatan,” katanya ketika ditemui pemberita di ruang legar Kuarters Balai Polis Seri Kembangan di sini.

Bagaimanapun, pusat pengundian awal itu yang dibuka seawal pukul 8 pagi akan terus dibuka sehingga pukul 12 tengah hari berdasarkan warta yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdahulu, calon MCA, Tan Chee Teong tiba di pusat pengundian awal pada pukul 8.45 pagi disusuli dengan calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki pada pukul 9.55 pagi. - K! ONLINE