Beliau berkata, dua aspek itu dilihat satu cabaran besar dalam merealisasikan usaha tersebut.

"Setakat ini, jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan negeri telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkaitan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini. 

Usaha menjadikan Pangkor sebagai pulau bebas cukai kecuali untuk rokok, arak dan kenderaan bermotor diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 pada Oktober tahun lepas. - Bernama