Beliau berkata, proses pembebasan itu yang perlu melalui beberapa dokumentasi akan dipercepatkan.

Katanya, perkara yang paling penting adalah mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk membolehkan Anwar mengambil bahagian secara langsung dalam persada politik Malaysia.

"Saya telah berjumpa dengan beliau (Anwar) di Hospital Rehabilitasi Cheras dan beliau amat gembira dengan kemenangan besar PH serta mengikuti perkembangan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ketujuh.

"Saya juga akan membuat kajian tentang peraturan penjara dan siapa yang mempunyai kuasa untuk melepaskan Anwar," katanya ketika ditemui di hospital itu di sini hari ini. - Bernama