Perintah reman sehingga 6 Mac itu dikeluarkan Majistret Eng Kar Wen  selepas  membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  di sini.

Terdahulu, lelaki berusia 64 tahun itu tiba di mahkamah pada 9.10 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Menurut laporan media, suspek ditahan di ibu negara pada 3.30 petang semalam dan merupakan individu kedua yang ditahan kerana dipercayai terlibat menerima wang bagi menutup siasatan kes projek mega itu.

Suspek dipercayai menerima RM3 juta daripada sebuah syarikat selepas dia dikatakan mampu 'menyelesaikan' siasatan yang sedang dijalankan SPRM. - Bernama