Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman suspek itu bermula esok sehingga Sabtu ini.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini pada pukul 9.20 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM.

Lelaki berusia 37 tahun itu sebelum ini direman selama enam hari sejak 28 Februari lalu.

Menurut sumber, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai menerima wang suapan RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Sumber berkata, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. - K! ONLINE