Dalam kenyataan hari ini, MoF berkata, pengurangan hasil daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar mulai 1 Jun 2018 akan ditampung oleh langkah khusus hasil dan perbelanjaan yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula, menurut MoF.

"Pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan efisiensi serta mengurangkan ketirisan. Selain itu harga minyak mentah dunia telah meningkat ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu AS$52 setong. Ini akan menyediakan ruang fiskal dalam tempoh terdekat.

"Tanggungjawab fiskal, ketelusan dan tadbir urus akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan program pembaharuan fiskal," menurut kementerian tersebut. - Bernama