Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Azizi Janan berkata, program itu merupakan yang pertama diperkenalkan di negara ini hasil kerjasama strategik PPANPs dan syarikat kereta sewa GrabCar.

"Pengguna kenderaan syarikat sewa kereta itu boleh membaca buku atau majalah yang disediakan secara percuma oleh PPANPs sebelum tiba di lokasi yang dituju.

"Terdapat lebih 200 pemandu perkhidmatan GrabCar di Perlis dan ini mampu memberi manfaat kepada ribuan pengguna," katanya di Bangunan PPANPs, Jalan Penjara di sini hari ini.

Majlis pelancaran [email protected] itu disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr. Syed Omar Syarifuddin Syed Ihsan. - K! ONLINE