Dijadualkan di 12 lokasi seluruh negara, Program Jelajah Pendidikan KPM singgah ke lokasi ke-11 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini bermula hari ini sehingga esok.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Kementerian Pendidikan, Dr. Zainal Aalam Hassan berkata, kehadiran itu merupakan sambutan yang di luar jangkaan.

"Program ini merupakan inisiatif KPM bagi mendekati masyarakat sekaligus menyalurkan maklumat secara terus dan terkini mengenai pendidikan.

"Kita menyasarkan lebih 5,000, kunjungan bagi penganjuran di Pahang dan pihak kementerian mengalu-alukan pandangan rakyat bagi membantu menyediakan generasi muda yang dapat menghadapi cabaran abad ke-21 dan bersedia merealisasikan aspirasi negara menjelang 2050," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan 2017 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Tambah beliau, penganjuran program Jelajah Pendidikan itu akan berakhir di lokasi ke-12 iaitu di Pulau Pinang pada bulan November ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Adzis Abas, Pengarah Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan, Hazran Mohamad dan Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail. - K! ONLINE