Pengarah Mara Negeri Sembilan, Mimi Mazlin Mohamad Yusof berkata, program yang bertujuan untuk membantu membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda khususnya belia di luar bandar akan membabitkan penyertaan 28 syarikat yang berkolaborasi dengan agensi berkenaan. 

"Walaupun peluang pekerjaan ini menyasarkan golongan belia namun tiada halangan untuk mana-mana individu di pelbagai peringkat umur untuk turut serta mencari kerja pada program tersebut kerana program 1MPAK ini bertujuan membantu melatih graduan berpotensi supaya dapat diwujudkan  ekosistem keusahawanan sekali gus membantu menjana ekonomi masyarakat setempat," katanya.

Mimi Mazlin berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar program siri jelajah 1MPAK Parlimen Telok Kemang di sini.

Selain peluang pekerjaan, beliau berkata, terdapat potongan 50 peratus harga yuran pendaftaran  ditawarkan kepada belia yang ingin melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi terpilih seperti German Malaysian Institute (GMI), Bangi, Selangor. - Bernama