Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, jumlah tersebut dicatatkan selepas kedua-dua pusat pengundian awal yang dibuka  ditutup.

"Dua pusat yang dibuka iaitu Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Tentera Udara Subang untuk anggota tentera dan pasangan serta Kompleks Stor Material Spesifik (SMS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di TTDI Jaya

"Peratusan itu adalah membabitkan seramai 2,770 pengundi awal meliputi 2,597 anggota tentera serta pasangan dan 173 anggota polis,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PRK Dun Seri Setia diadakan selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat barah usus pada 2 Ogos lalu.

PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Halimey Abu Bakar dan calon Pas yang diwakili, Dr. Halimah Ali.

Seramai 50,692 pemilih biasa di DUN Seri Setia akan mengundi pada Sabtu ini. - K! ONLINE