Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, peratusan keluar mengundi di PRK DUN Rantau meningkat kepada 79.31 peratus dan trend peningkatan itu berlaku sejak PRK Parlimen Port Dickson pada Oktober tahun lalu. 

Menurutnya, faktor lain yang mendorong peratusan keluar mengundi tinggi semalam adalah personaliti yang ada pada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan. 

"Saya rasa apa yang SPR lakukan sehinga kini menunjukkan ia telah terlaksana. 

"Selain itu, personaliti yang terlibat dalam pilihan raya kecil ini juga merupakan faktor utama yang menyebabkan ramai pengundi keluar mengundi," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Penjumlahan Undi, PRK DUN Rantau di Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Sri Sendayan di sini malam ini. - K! ONLINE