Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pimpinan PH perlu memberi perhatian yang sewajarnya terhadap perkara tersebut kerana ia menjadi kebimbangan rakyat.

"Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup," katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Terdahulu, Anwar berkata, keputusan PRK DUN Rantau itu merupakan keputusan rakyat dan PH khususnya PKR menghormati keputusan tersebut serta mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan PH akan kembali bangkit mendapat sokongan rakyat selepas ini. - K! ONLINE