Menurut wanita itu, beliau yang dijangka memperoleh lebih 80 undi tetap menganggap dirinya menang dalam PRK tersebut, tetapi bagi 'kategori' Calon Bebas.

"Saya rasa saya menang juga, tetapi sebagai pemenang calon Bebas mendapat undi yang tertinggi. 

"Saya telah menimba banyak pengalaman dan berasa syukur dengan lebih 80 undi yang saya peroleh," katanya ketika ditemui Kosmo! di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan dekat sini malam ini.

Dalam pada itu, Malar berkata, beliau mengucapkan tahniah diatas kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Tahniah kepada Tok Mat (Mohamad) kerana telah bertanding dengan bersih dan 'gentlemen'," katanya.

Seorang lagi calon Bebas, yang juga bekas pensyarah, Mohd. Nor Yassin, 67, tidak hadir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna SJKC Bandar Sri Sendayan malam ini. - K! ONLINE