Beliau berkata, walaupun terdapat kejadian perang mulut antara peraih undi parti bertanding, tiada sebarang kejadian tidak diingini.

"Setakat tengah hari ini, proses mengundi berjalan lancar dan suasana dalam keadaan aman.

"Sehingga kini (1 tengah hari) tiada laporan polis mengenai kejadian pergaduhan atau sebagainya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati aliran trafik masih perlahan khususnya di jalan utama menghala ke pekan Rantau manakala keadaan cuaca cerah setakat ini.

PRK DUN Rantau hari ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan, Dr S. Streram, calon Barisan Nasional yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin. - Bernama