Proses mengundi yang berlangsung selama lebih sembilan jam itu membabitkan seramai 20,793 orang daripada keseluruhan 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi dengan 11 daripadanya mengundi secara pos, sebelum ia ditutup pada pukul 5.30 petang ini.

Pada 9 April lepas, seramai 110 pengundi awal terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia serta pasangan dan Polis Diraja Malaysia selesai menjalankan tanggungjawab masing-masing dan ia merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 96 peratus.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menempatkan seramai 515 petugas di semua pusat pengundian dan menjangkakan 70 peratus pengundi di kawasan DUN itu akan keluar mengundi.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi dan ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang di Seremban, esok. - Bernama