Peratusan tersebut dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi.

Sebanyak 19 pusat mengundi bagi DUN Sungai Kandis telah mula dibuka sejak 8 pagi tadi dan ditutup pada pukul 5.30 petang ini.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd. Zawawi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas, K. Murthy.

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafie akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada PRU-14 lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menentang calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon Pas, Mohd. Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). - K! ONLINE