Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, pihaknya memohon semua pengundi layak agar keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

"Bagi tujuan penambahbaikan, SPR turut menambah dua saluran khusus kepada pengundi berumur 60 tahun dan ke atas selain menambah 29 saluran baharu bagi mengelak jumlah pengundi terlalu ramai di satu-satu saluran menjadikan 129 saluran berbanding 100 saluran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pengumuman calon PRK DUN Balakong di Dewan Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini hari ini.

PRK DUN Balakong menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong. - Bernama