MyIPO dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan sehubungan itu, fungsi PRISM Berhad bagi menjalankan aktiviti kutipan dan pengagihan royalti muzik bagi kategori penyanyi dan pemuzik rakaman dibatalkan.

"Sebarang urusan berhubung organisasi itu hendaklah dirujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia," kata kenyataan itu. - Bernama