Dr. Hassan berharap hubungan mesra antara Iran dan Malaysia dapat diperluaskan, seperti pada masa lalu, selain meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang berlainan  serta perpaduan umat Islam.

"Saya berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa agar anda (Dr Mahathir) diberi kesihatan baik dan kemakmuran serta kebahagiaan, selain kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya dalam perutusan tahniah itu. - Bernama