Samsung Galaxy Note 9 dilengkapi dengan cip pemprosesan yang dinaik taraf serta bateri berkapasiti 4,000mAh yang baharu dan selamat menepati lapan tingkat pemeriksaan keselamatan Samsung serta standard keselamatan industri dan badan pengawalseliaan.

Samsung Note 9 menggunakan skrin bersaiz 6.4 inci dan lengkap dengan ruangan storan bermula daripada 128GB sehingga 512GB.

Selain itu, telefon ini turut hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 octa core dan juga dengan menggunakan memori 8GB RAM.

Peranti baharu ini hadir dengan kamera belakang dwi-kamera dan depan bersaiz 8 megapiksel (MP) bagi kamera hadapan dan 12MP untuk kamera belakang.

Peranti baharu itu turut menawarkan ciri-ciri serta fungsi inovatif serupa seperti Samsung Galaxy Note8 termasuk S Pen yang ditambah baik dengan penyambungan bluetooth.

Samsung Note9 didatangkan dengan empat warna menarik iaitu Jet Black (hitam), Ocean Blue (biru), Lavender (ungu) dan Metallic Copper.

Di Malaysia, Note 9 akan dijual dengan harga RM3,699 bagi 128 GB dan RM4,599 bagi 512 GB serta boleh ditempah bermula 10 hingga 19 Ogos ini. 

Dalam pada itu, Samsung turut memperkenalkan secara rasmi jam tangan Samsung Galaxy Watch dan speakes Samsung Galaxy Home. - K! ONLINE