Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa projek itu, yang dibangunkan secara tiga fasa bermula 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2022 dapat meramal hujan lebat tujuh hari lebih awal selain meramal banjir dua hari sebelum berlaku.

"Jadi Agensi Pengurusan Bencana Negara  (Nadma) boleh memberi amaran awal kepada pihak  berkuasa yang terlibat dengan banjir dan kesiapsiagaan banjir dapat ditingkatkan.

"Selepas ini, masyarakat juga dapat diberitahu (mengenai amaran banjir) dua hari lebih awal supaya mereka dapat berpindah dengan lebih awal,"  katanya semasa sesi pertanyaan menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang bertanya sejauh mana keyakinan kementerian untuk memastikan PRABN berfungsi bagi memberi maklumat kepada pihak berkuasa. - Bernama