Siri setem itu akan mengetengahkan ciri-ciri dan perisa limau yang menjadi sebahagian rakyat Malaysia sejak dulu lagi.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah berkata, tiga setem 60 sen yang dikeluarkan untuk edisi ini ialah Limau Kasturi, Limau Purut dan Limau Nipis.

“Orang ramai khususnya pengumpul setem boleh mendapatkan edisi Sitrus Malaysia ini di 96 buah pejabat Pos di seluruh Malaysia bermula 24 April ini,” katanya ketika majlis pelancaran setem itu di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi di sini hari ini. - K! ONLINE