Beliau berkata, buat masa ini polis masih menunggu laporan sampel air kencing dari Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur yang dijangka mengambil masa antara sebulan dan tiga bulan.

"Tak ada pilih kasih. Tidak kira anak siapa pun. Sekiranya keputusan laporan pihak patologi menunjukkan positif (dadah), kami akan tuduh di mahkamah," katanya pada sidang akhbar selepas Program Kepolisan Berprofil Tinggi di Pasar Chow Kit di sini hari ini.

Sabtu lepas, anak seorang menteri dan rakannya berusia 33 tahun ditahan dalam pemeriksaan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 3 pagi.

Kedua-dua lelaki berkenaan disyaki positif dadah jenis ganja dan dibebaskan dengan jaminan polis. - Bernama