Dalam serbuan pada pukul 2.30 petang itu, seorang lelaki dan dua wanita warga Vietnam ditahan di sebuah rumah yang mempunyai makmal mini untuk memproses dadah di Pandan Indah.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ketua bagi sindiket itu adalah lelaki warga tempatan berusia 40 tahun dan dua wanita Vietnam merupakan pembantunya.

“Mereka sudah menjalankan kegiatan memproses dadah jenis ekstasi dalam paket minuman yang berperisa buah-buahan.

“Polis telah merampas dadah jenis ganja, paket minuman buah-buah berisi ekstasi dan dadah ketamin yang berjumlah kira-kira RM514,330 beserta beberapa peralatan memproses dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini. - K! ONLINE