Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun enggan menggulas lanjut.

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya rakan Najib menjadi tumpuan apabila tidak dibenarkan masuk oleh polis ketika menghampiri kediaman itu pada pukul 11.20 pagi tadi.

Puluhan media tempatan dan antarabangsa masih 'berkampung' di kawasan itu sejak petang semalam bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi berkenaan.

Orang awam turut dilihat memperlahankan kenderaan bagi mengambil dan merakam gambar suasana persekitaran kediaman bekas Perdana Menteri itu. - Bernama