Laporan polis itu masing-masing dibuat di Balai Polis Bangi semalam dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, satu pasukan siasatan telah ditubuhkan untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian berkenaan. 

"Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini,"katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan seorang pegawai kanan SPRM menerima ugutan berbaur ugutan menerusi satu nota amaran dan peluru hidup yang diletakkan di dalam peti surat di rumahnya semalam. - K! ONLINE