Hasnan Hassan
Hasnan Hassan

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, perkara itu akan disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran.

Menurutnya, polis tidak mengeluarkan sebarang permit berikutan penganjuran ceramah tersebut tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

"Polis tidak mengeluarkan permit sekiranya tempat ceramah tersebut mengganggu lalu lintas, kenderaan termasuk treler yang dijadikan pentas berceramah diletakkan di atas jalan raya.

"Polis juga menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai keadaan tersebut menyebabkan polis terpaksa mengambil tindakan dan tidak mengeluarkan permit," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas latihan simulasi polis Perak sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di sini hari ini. - K! ONLINE