Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kertas siasatan tersebut dibuka bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung penularan video berkenaan.

“Sebelum itu, pihaknya akan membuat laporan iaitu first information report (FIR) tentang siasatan tersebut memandangkan setakat ini tiada sebarang pihak tampil membuat laporan polis.

“Polis juga akan menyiasat terlebih dahulu bagi melihat kesalahan yang ada,” katanya selepas Program Ramah Mesra bersama penduduk Segambut di Taman Sri Segambut di sini hari ini.

Terdahulu, video berdurasi dua minit 12 saat yang bertajuk ‘Hari kelima perbicaraan Datuk Seri Najib’ itu memaparkan rakaman peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang menyoal saksi terbabit dalam kes itu tular di laman sosial. - K! ONLINE

Menerusi tajuk yang dimuat naik, ianya dipercayai bahawa rakaman CCTV itu diambil ketika prosiding hari kelima Najib di Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Difahamkan, rakaman itu dimuat naik menerusi akaun bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil tengah hari kelmarin dan sudah ditonton lebih 227,000 kali serta dikongsi lebih 3,700 akaun Facebook. - K! ONLINE