polis sepang
 

Lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai telah membuat pertemuan di sebuah restoran dan merancang untuk melakukan jenayah tersebut bersama dengan tiga suspek iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 27 tahun berasal dari Rawang, Selangor dan seorang suri rumah berusia 31 tahun.

Kesemua mereka berjaya ditahan dalam satu operasi pada pada 25 hingga 26 November lalu namun seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Ravi Suppiah berusia 40 tahun kini berasal dari Kajang, Selangor sedang dicari oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. 

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Abdul Aziz Ali, pihak polis juga telah menahan dua orang penjual warga Pakistan di Plaza Low Yat yang dipercayai telah membeli komputer riba yang telah dicuri oleh kumpulan tersebut.

“Dengan penangkapan anggota sindiket ini maka pihak polis telah berjaya menyelesaikan sebanyak 20 kes yang melibatkan jenayah pecah rumah, pejabat termasuk dua makmal komputer di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) dan Universiti Limkokwing dengan nilai keseluruhan kes melibatkan sebanyak RM100,000,” katanya pada sidang akhbar berhubung kes tersebut di sini hari ini.

Abdul Aziz menjelaskan, sindiket tersebut memiliki kad akses termasuk kunci utama dan kad pelajar yang membolehkan mereka memasuki premis-premis terbabit dan hanya menyasarkan komputer serta komputer riba sahaja. - K! ONLINE