Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua kaki judi termasuk lima warga asing yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 64 tahun.

Menurutnya, daripada 47 serbuan yang dilakukan mulai 26 Februari hingga 4 Mac lalu, 26 operasi telah dilakukan ke atas premis menjual loteri haram, manakala selebihnya serbuan terhadap pusat judi siber.

"Hasil serbuan itu, polis telah merampas pelbagai peralatan seperti telefon bimbit, mesin cetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah berkenaan.

"Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM39,436 disyaki hasil kegiatan haram tersebut," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dev memberitahu, kesemua serbuan itu telah dilaksanakan di beberapa daerah di negeri ini.

Katanya, antara daerah terlibat ialah Sarikei, Lubok Antu, Bintulu, Miri, Kota Samarahan, Sibu,Bau, Serian, Mukah, Marudi, Betong, Meradong dan Kuching.

"Kesemua individu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953," ujarnya. - K! ONLINE