Amar Singh berkata, atlet berkenaan telah memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam kes ini.

“Berdasarkan keterangannya, Chong Wei memaklumkan bahawa individu di dalam video yang ditularkan itu bukan dirinya. 

 “Oleh sebab itu, pihak kami akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Menara 238, di sini, hari ini.

Pada Isnin lepas, sebuah rakaman video berdurasi tiga minit 12 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang atlet lelaki dikatakan jaguh badminton itu sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik yang tidak diketahui lokasinya.

Rata-rata mereka yang menonton video berkenaan terkejut dan mendakwa bahawa lelaki itu menyerupai bekas pemain nombor satu dunia itu. - K! ONLINE