"Tan Sri Musa Aman telah ditangkap pada pukul 10 pagi tadi.

"Pihak polis memohon reman terhadapnya tetapi tidak diluluskan oleh Majistret," katanya ringkas kepada Kosmo! menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan bekas Pengerusi Barisan Nasional Sabah terbabit.

Musa merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga merupakan individu dikehendaki pihak polis berkaitan kes ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. - K! ONLINE