Suspek terdiri seorang lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia antara 33 hingga 59 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPD SPS) kira-kira pukul 3 pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah tiga pasang gari beserta kunci di dalam kediaman berkenaan.

"Suspek kini ditahan reman sehingga 17 Disember ini bagi membantu siasatan mengenai kegiatan dadah dan penemuan pistol serta peluru di rumah miliknya itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini sebentar tadi. - K! ONLINE