Ketua Polis Negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan pada sidang akhbar sebentar tadi berkata, pihaknya menahan tujuh individu berusia antara 19 hingga 36 tahun termasuk tiga pelajar kolej komuniti dalam serbuan terbabit.

Thaiveegan berkata, pihaknya turut merampas sebanyak 427,600 biji pil kuda atau pil WY bernilai RM8.55 juta.

Menurutnya, pihak polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut. - K! ONLINE