Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, makluman tersebut adalah tidak benar dan keadaan di kawasan terbabit selamat serta terkawal.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya serta menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh menyebabkan kegusaran dalam masyarakat.

"Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial yang mengatakan akan berlaku rusuhan di kawasan Little India sehingga NU Sentral bermula pada pukul 7 hingga 9 malam.

Akhbar semalam melaporkan, orang ramai dinasihati agar tidak menghadiri perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians & Other Races’ yang dirancang berlangsung di Water Fountain Little India, Brickfields pada pukul 2 petang Sabtu ini. 

Ia susulan kegagalan penganjur untuk mengemukakan notis yang lengkap mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan serta tidak memenuhi keperluan undang-undang.- K! ONLINE