Sebaliknya beliau berkata, pelajar tingkatan satu satu sebuah sekolah di Tanah Merah itu putus kaki kiri pada paras paha selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pengadang jalan.

“Sekarang ini kejadian tersebut tular melalui media sosial, ada yang mengatakan mangsa ini naik basikal laju dan sebagainya, fakta itu tidak betul.

“Sebenarnya dia menunggang motosikal dan terbabas sendiri dan akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan cukup parah iaitu putus kaki belah kiri,” katanya.

Hasanuddin ditemui selepas Majlis Aidilfitri Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Dewan Terbuka Jabatan Bomba dan Penyelamat Tunjong semalam.

Menurut Hasanuddin, dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, remaja terbabit koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tanah Merah. 

“Mangsa dipercayai menunggang motosikal berseorangan dan setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang hilang kawalan menyebabkannya terbabas dan melanggar besi pengadang jalan,” katanya. - K! ONLINE.