Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili menyifatkan mesej tular yang bersertakan wajah tiga lelaki yang didakwa anggota kumpulan tersebut dan sedang diburu oleh polis sebagai berita palsu.

"Keadaan keselamatan secara keseluruhannya adalah terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Selain Bintulu, mesej tular tersebut turut mendakwa kumpulan berkenaan sedang merancang untuk melakukan serangan bom di gereja di Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini  menafikan wujudnya rancangan serangan bom di gereja di Sibu dan berkata ketiga-tiga lelaki dalam mesej tular itu telah ditangkap polis. - Bernama