Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara  tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut mendapati terdapat beberapa kenderaan polis yang diletakkan di depan pintu masuk kondominium tersebut.

Lebih 10 pengamal media tempatan dan antarabangsa berkumpul di kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan operasi tersebut. - K! ONLINE